Pages

Monday, September 8, 2014

JOM AMAL DOA INI. 

Ayuh kita bermohon dengan Allah dijauhi sebarang musibah. Namun apabila datang menerjah, maka kita mesti tabah. -Muhammad Luqman Makhtar, Jom Amal.

.............................................
Pada suatu hari Rasulullah masuk ke masjid lalu Baginda dapati seorang sahabat Ansar sudah ada di situ.

“Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kamu duduk di masjid sedangkan belum waktu solat lagi?”

“Banyaknya perkara yang menggusarkan saya termasuklah hutang-hutang wahai Rasulullah.”

“Adakah kamu mahu aku ajarkan suatu ucapan apabila kamu mengucapkannya Allah akan melenyapkan kebimbanganmu dan melangsaikan hutangmu.”

“Bahkan wahai Rasulullah!”

“Ucapkan setiap pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kebimbangan dan kesedihan.
Aku juga berlindung dengan-Mu daripada rasa lemah dan malas.
Aku juga berlindung dengan-Mu daripada bersikap pengecut dan kedekut.
Dan aku juga berlindung dengan-Mu daripada dibelenggu hutang dan dikuasai orang.”

Sahabat itu berkata: “Aku amalkan perkara ini. Sungguh kemudian Allah lenyapkan kebimbanganku dan langsaikan hutangku!”(Riwayat Abu Dawud)

Sumber: Solusi 71






No comments:

Post a Comment