Pages

Monday, September 29, 2014

Perkara-Perkara Yang Boleh Kita Pelajari Dari Sukan Memanah

                                                  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

“Anything which is not included in the remembrance of Allah is useless and futile except for four things; playing with one’s spouse, training one’s horse, walking between two targets (while aiming arrows), and learning how to swim”. (al Jami’ al Saghir)

Kenalpasti sasaran/ target


Foto
Tahniah team Malaysia menang pingat perak Sukan Asia 2014     http://www.hmetro.com.my/articles/Hajatemaslebur/Article

Sama seperti dalam kehidupan seharian, kita perlu letak target/ sasaran. Contoh, syarikat B mensasarkan untuk jual 100 produk B untuk bulan hadapan. Perlu juga ada sasaran seperti bila nak beli motor dan sebagainya.

Latihan berterusan


Setelah sasaran dikenalpasti, perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran. Latihan dan usaha yang betul disertakan dengan doa dan tawakkal, insha Allah akan membawa tercapainya sasaran/ matlamat/ target.


Bijak mengawal tekanan/ emosi

India’s compound archers hit bullseye
Team compound India menang pingat Emas acara compound team event http://www.livemint.com/Leisure/VzRYS6NCdRJEU28LLPeoPM/Indias-compound-archers-hit-bullseye.html 

Dalam pertandingan memanah terutamanya team event, pasti akan lebih terasa tekanannya terutamanya bila team lawan mendapat markah baik dan lagi-lagi apabila pemanah itu pemanah terakhir yang markah panahannya itu menentukan menang atau kalah pasukannya. Oleh itu, pemanah perlu bijak dan belajar teknik-teknik mengawal tekanan seperti menarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan atau bayangkan perlawanan tersebut seperti dalam latihan.
Begitu juga dalam kehidupan seharian, kita perlu bijak dan belajar teknik-teknik untuk mengawal tekanan dengan baik.


Konsentrasi atau Fokus


jeremy renner animated GIF
Hawkeye http://giphy.com/gifs/Tt2ffSxoRttwA
http://www.tumblr.com/tagged/archery

Sebelum nak lepaskan anak panah, pemanah perlu fokus dan menumpukan sepenuh perhatian pada sasaran. Dalam kehidupan seharian kita juga, banyak perkara yang perlu kita buat dengan fokus. Sebagai contoh, pelajar perlu fokus semasa belajar dan letak tablet/ smartphone (facebook, instagram dan twitter) ke tepi dahulu. Bila dah tak fokus, kerja yang sepatutnya boleh siap dalam 30 minit menjadi sejam pon tak boleh siap.


Konsisten

Pemanah perlu konsisten dalam latihan mereka untuk mendapatkan keputusan yang konsisten juga. Dalam perlawanan peringkat tinggi seperti Sukan Olimpik dan Sukan Asia, pemanah perlu memanah dengan konsisten dan tepat. Lebih baik jika dapat bullseye (seperti di bawah).

disney animated GIF
http://giphy.com/gifs/disney-arrow-9lNn9SeHUx29O
http://www.tumblr.com/tagged/archery
http://www.tumblr.com/tagged/archery

Mungkin ada banyak lagi kebaikan sukan memanah ini yang Nabi SAW juga menggalakkan kita untuk menyertainya selain dari menunggang kuda dan berenang (rujuk hadis di bawah). WAllahua'lam.

“Anything which is not included in the remembrance of Allah is useless and futile except for four things; playing with one’s spouse, training one’s horse, walking between two targets (while aiming arrows), and learning how to swim”. (al Jami’ al Saghir)

[BONUS]

Highlight final recurve team event sukan asia 2014: http://www.stadiumastro.com/AsianGames2014/Video/detail.aspx?mediaid=987086&title=nadi-arena-280914
Real life bullseye: http://www.youtube.com/watch?v=hpSJM5BZxso

No comments:

Post a Comment